kami menjemput semua pembaca blog kami yang berasal daripada Kg Iran Beluran supaya dapat menghadirkan diri dalam program yang julung kali diadakan ini.
Admin saja letak papan iklan COC sebab yang muda - muda ini suka betul main game ini..
jadi admin pun nak juga viralkan program Kospen Kg Iran guna papan iklan ini mana lah tau banyak yang suka...bergurau saja yaa..
Pemeriksaan Kesihatan Percuma Peringkat Kg Iran Beluran
Tarikh : 14.04.2016 ( Khamis )
Tempat : Pusat Komuniti Kospen Kg Iran
Tadika Kg Iran
Masa : 8:30 pagi - selesai
Antara pengisian bagi program ini akan dimaklumkan kemudian sebab admin belum dapat info terkini cuma kemungkinan besar:-
- Ceramah Kesihatan
- Tips kesihatan dan amalan pemakanan yang betul
- Langkah - langkah kearah kesihatan yang cemerlang
- Pemeriksaan Kesihatan
Admin juga hari ini mau post tentang mesyuarat 1 kali Kospen Kg Iran baru - baru ini..
Dah lama,tapi untuk pengetahuan sahaja..
Ceramah singkat daripada wakil Pejabat Kesihatan Beluran
En. Rindi Nabin
Serta penerangan tentang program Kospen yang akan diadakan di Kg ini.
Juga yang turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK Iran Beluran ),wakil Kemas Beluran dan Ahli - ahli sukarelawan KOSPEN.
Pemeriksaan tekanan darah
Sesi bergambar dengan wakil pejabat Kesihatan Beluran dan Kemas serta Penyerahan Plak Dilarang Merokok dan Rumahku Bebas Asap Rokok Kepada Sukarelawan KOSPEN.
Untuk makluman penyerahan plak Dilarang Merokok ( Ditempat Awam ) dan Rumahku Bebas Asap Rokok ( Rumah yang terpilih ) ini telahpun dijalankan dan berjaya dilaksanakan oleh Sukarelawan KOSPEN..Tahniah Sekali lagi.
Sekian,
Nantikan aktiviti seterusnya yang akan dimaklumkan kemudian di blog ini ataupun page kami di Facebook..
Ringkas dari saya Admin Blogger Kampung Iran
No comments:
Post a Comment