Wednesday, March 2, 2016

Aktiviti Kemasyarakatan yang dilakukan oleh Ahli KOSPEN Kg. Iran Beluran ( Bancian Penduduk )




02 Mac 2016,Rabu - Tahniah buat ahli - ahli Sukarelawan KOSPEN Kg. Iran Beluran atas sumbangan yang diberikan dalam menjayakan Bancian Penduduk bagi keperluan saringan/pemeriksaan kesihatan percuma untuk mengesan tanda - tanda awal serta mencegah penyakit tidak berjangkit atau lebih sinonim dikenali sebagai Non-communicable disease ( NCD ). Usaha murin ini juga turut dibantu oleh Jabatan Kesihatan Daerah Beluran ( KKM ) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS ) Daerah Beluran. Sehubungan dengan itu,pemeriksaan serta program Sukarelawan KOSPEN Kg. Iran Beluran akan dimulai tidak lama lagi.
Nantikan perkembangan perjalanan kemajuan yang dibawa oleh belia - belia muda Kg. Iran ini dalam memastikan penduduk sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan sihat tubuh badan. Sekian
Salam Sejahtera dan jumpa lagi dalam aktiviti KOSPEN Kg. Iran yang akan saya kemaskini dari semasa ke semasa...

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DAN PENDUDUK KG. IRAN BELURAN

ikhlas,
Blogger Kampung Iran Beluran.

Jangan lupa lawati page kami di www.facebook.com/kampungiranbeluran

No comments:

Post a Comment