Friday, April 15, 2016

Blogger Kampung Iran: Pelancaran Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (...

Blogger Kampung Iran: Pelancaran Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (...: PELANCARAN PROGRAM KOMUNITI SIHAT PERKASA NEGARA ( KOSPEN ) PERINGKAT KG. IRAN BELURAN ANJURAN BERSAMA KEMAS DAERAH BELURAN, PEJABAT KESI...

Pelancaran Program Komuniti Sihat Perkasa Negara ( KOSPEN ) Peringkat Kg. Iran Beluran

PELANCARAN PROGRAM KOMUNITI SIHAT PERKASA NEGARA ( KOSPEN ) PERINGKAT KG. IRAN BELURAN ANJURAN BERSAMA KEMAS DAERAH BELURAN, PEJABAT KESIHATAN DAERAH BELURAN DAN RUKUN TETANGGA KG. IRAN BELURAN

TARIKH : 14 APRIL 2016
TEMPAT : PUSAT KOMUNITI KG. IRAN ( TABIKA KEMAS KG. IRAN )
MASA : 08:00 PAGI HINGGA SELESAI






Ketibaan penduduk kg, ahli kospen dan juga para jemputan serta taklimat singkat berkenaan program KOSPEN oleh Cik. Norlisah wakil daripada pejabat kesihatan daerah Beluran.



Majlis diteruskan dengan ujian saringan kesihatan oleh Ahli KOSPEN Kg. Iran Serta wakil daripada pejabat kesihatan Beluran.


Majlis diteruskan lagi dengan Perasmian KOSPEN Kg Iran yang dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku kemudian ucapan alu - aluan oleh KK Tampin Iling selaku Ketua Kampung Iran disusuli oleh Pengerusi Rukun Tetangga Kg. Iran Pn Usiah Kimbun dan ucapan perasmian oleh Pegawai KEMAS Beluran En. Nazli Amil Ali.






Penyerahan Cenderahati oleh KK Tampin Iling Kepada Pegawai Kemas Beluran,Pejabat Kesihatan Beluran,dan Rukun Tetangga Kg. Iran kerana telah sama - sama menjayakan program ini.
Acara diakhiri dengan sesi bergambar dan juga jamuan ringan.

Terima kasih kepada individu - individu yang telah menyumbang tenaga,wang ringgit serta segala keperluan program ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung..sama - sama lah kita menjadi penduduk yang sihat tubuh badan..
sekian..
Jumpa lagi..



Friday, March 25, 2016

Blogger Kampung Iran: Makluman Pemeriksaan Kesihatan Percuma Kospen Kg I...

Blogger Kampung Iran: Makluman Pemeriksaan Kesihatan Percuma Kospen Kg I...: Pemeriksaan Kesihatan Percuma oleh Ahli Sukarelawan Kospen akan diadakan tidak lama lagi. kami menjemput semua pembaca blog kami yang beras...

Makluman Pemeriksaan Kesihatan Percuma Kospen Kg Iran

Pemeriksaan Kesihatan Percuma oleh Ahli Sukarelawan Kospen akan diadakan tidak lama lagi.
kami menjemput semua pembaca blog kami yang berasal daripada Kg Iran Beluran supaya dapat menghadirkan diri dalam program yang julung kali diadakan ini.

Admin saja letak papan iklan COC sebab yang muda - muda ini suka betul main game ini..
jadi admin pun nak juga viralkan program Kospen Kg Iran guna papan iklan ini mana lah tau banyak yang suka...bergurau saja yaa..

Pemeriksaan Kesihatan Percuma Peringkat Kg Iran Beluran

Tarikh : 14.04.2016 ( Khamis )

Tempat : Pusat Komuniti Kospen Kg Iran

Tadika Kg Iran

Masa : 8:30 pagi - selesai

Antara pengisian bagi program ini akan dimaklumkan kemudian sebab admin belum dapat info terkini cuma kemungkinan besar:-
  1. Ceramah Kesihatan 
  2. Tips kesihatan dan amalan pemakanan yang betul
  3. Langkah - langkah kearah kesihatan yang cemerlang
  4. Pemeriksaan Kesihatan
mungkin juga lebih daripada itu...
Admin juga hari ini mau post tentang mesyuarat 1 kali Kospen Kg Iran baru - baru ini..
Dah lama,tapi untuk pengetahuan sahaja..

Ceramah singkat daripada wakil Pejabat Kesihatan Beluran 
En. Rindi Nabin
Serta penerangan tentang program Kospen yang akan diadakan di Kg ini.




Juga yang turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK Iran Beluran ),wakil Kemas Beluran dan Ahli - ahli sukarelawan KOSPEN.

Pemeriksaan tekanan darah


Sesi bergambar dengan wakil pejabat Kesihatan Beluran dan Kemas serta Penyerahan Plak Dilarang Merokok dan Rumahku Bebas Asap Rokok Kepada Sukarelawan KOSPEN.

Untuk makluman penyerahan plak Dilarang Merokok ( Ditempat Awam ) dan Rumahku Bebas Asap Rokok ( Rumah yang terpilih ) ini telahpun dijalankan dan berjaya dilaksanakan oleh Sukarelawan KOSPEN..Tahniah Sekali lagi.

Sekian,
Nantikan aktiviti seterusnya yang akan dimaklumkan kemudian di blog ini ataupun page kami di Facebook..

Ringkas dari saya Admin Blogger Kampung Iran

Monday, March 7, 2016

Blogger Kampung Iran: Penyakit tidak berjangkit serius

Blogger Kampung Iran: Penyakit tidak berjangkit serius: Berikut adalah artikel yang dapat membantu kita agar lebih serius terhadap penjagaan kesihatan bagi mencegah penyakit tidak berjangkit ini....

Penyakit tidak berjangkit serius

Berikut adalah artikel yang dapat membantu kita agar lebih serius terhadap penjagaan kesihatan bagi mencegah penyakit tidak berjangkit ini. Ini adalah antara salah satu inisiatif yang digerakkan oleh ahli sukarelawan KOSPEN Kg iran iaitu memberi pendedahan kepada semua masyarakat kampung akan pentingnya penjagaan kesihatan...
Artikel ini diperoleh daripada Utusan Online bertarikh 21/07/2013 . semoga ianya bermanfaat bagi pengetahuan kita semua.
Seorang penduduk menjalani pemeriksaan kesihatan semasa mengunjungi Karnival Kesihatan di Kampung Ayer Terjun, Besut, Terengganu, semalam.- MINGGUAN/AZLAN BAHRUM
BESUT 20 Julai - Beban penyakit tidak berjangkit (NCD) terus meningkat di negara ini dengan berada di tempat teratas dalam senarai 10 penyebab utama kemasukan dan kematian di hospital-hospital Kementerian Kesihatan .
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahya berkata, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) 2008 menganggarkan penyakit NCD yang dianggap sebagai suatu pandemik global menyumbang kepada 63 peratus daripada 57 juta kematian seluruh dunia.
"NCD antara lain turut berkait dengan amalan pemakanan dan gaya hidup. Sebagai contoh Malaysia mencatatkan kadar obesiti tertinggi di rantau ini," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Karnival Kesihatan: Pakar Perubatan Bersama Komuniti Peringkat DUN Kuala Besut 2013, di kampung Air Terjun dekat sini hari ini.
Yang hadir sama Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Anwa Sulaiman.
Menurut Hilmi, kajian kementerian berkenaan pula menganggarkan kira-kira 1.7 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas adalah obes.
"Situasi ini amat membimbangkan kerana obesiti meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit diabetes, kardiovaskular, strok dan beberapa jenis kanser.
"Tinjauan Kesihatan dan Morbiti Kebangsaan (NHMS) pada 2011 menunjukkan prevelan penyakit diabetes meningkat 15.2 peratus berbanding 11.6 peratus pada 2006," katanya.
Tambahnya, hipertensi di kalangan orang dewasa yang berusia lebih 30 tahun juga meningkat daripada 32.2 peratus pada 2006 kepada 32.7 pada 2011.
Beliau berkata, di Malaysia terdapat 2.6 juta rakyat dewasa menghidap penyakit diabetes, 5.8 juta menghidap hipertensi, 6.2 juta mempunyai kolesterol tinggi dan 2.5 juta rakyat gemuk.
"Apa yang merunsingkan adalah ramai di kalangan kita yang tidak sedar bahawa kita mempunyai penyakit-penyakit ini yang kebanyakannya merupakan "silent diseases"," ujarnya.
Katanya, NCD boleh dicegah melalui amalan gaya hidup sihat dengan cara bersenam dan pengambilan makanan dengan cara yang betul.


Wednesday, March 2, 2016

Blogger Kampung Iran: Pengenalan singkat tentang Penyakit Tidak Berjangk...

Blogger Kampung Iran: Pengenalan singkat tentang Penyakit Tidak Berjangk...: Non-communicable disease  ( NCD ) is a medical condition or disease that is  non-infectious  or  non-transmissible . NCDs can refer to chro...

Blogger Kampung Iran: Aktiviti Kemasyarakatan yang dilakukan oleh Ahli K...

Blogger Kampung Iran: Aktiviti Kemasyarakatan yang dilakukan oleh Ahli K...: 02 Mac 2016,Rabu - Tahniah buat ahli - ahli Sukarelawan KOSPEN Kg. Iran Beluran atas sumbangan yang diberikan dalam menjayakan Ba...

Pengenalan singkat tentang Penyakit Tidak Berjangkit ( Non-communicable disease (NCD) ).

Non-communicable disease (NCD) is a medical condition or disease that is non-infectious or non-transmissible. NCDs can refer to chronic diseases which last for long periods of time and progress slowly. Sometimes, NCDs result in rapid deaths such as seen in certain diseases such as autoimmune diseasesheart diseasesstrokecancersdiabeteschronic kidney diseaseosteoporosisAlzheimer's diseasecataracts, and others. While sometimes (incorrectly) referred to as synonymous with "chronic diseases", NCDs are distinguished only by their non-infectious cause, not necessarily by their duration. Some chronic diseases of long duration, such as HIV/AIDS, are caused by infections. Chronic diseases require chronic care management as do all diseases that are slow to develop and of long duration.
NCDs are the leading cause of death globally. In 2012 they cause 68% of all deaths (38 million) up from 60% in 2000.[1] About half were under age 70 and half were women.[2] Risk factors such as a person's background, lifestyle and environment increase the likelihood of certain NCDs. Every year, at least 5 million people die because of tobacco use and about 2.8 million die from being overweight. High cholesterol accounts for roughly 2.6 million deaths and 7.5 million die because of high blood pressure.

Aktiviti Kemasyarakatan yang dilakukan oleh Ahli KOSPEN Kg. Iran Beluran ( Bancian Penduduk )




02 Mac 2016,Rabu - Tahniah buat ahli - ahli Sukarelawan KOSPEN Kg. Iran Beluran atas sumbangan yang diberikan dalam menjayakan Bancian Penduduk bagi keperluan saringan/pemeriksaan kesihatan percuma untuk mengesan tanda - tanda awal serta mencegah penyakit tidak berjangkit atau lebih sinonim dikenali sebagai Non-communicable disease ( NCD ). Usaha murin ini juga turut dibantu oleh Jabatan Kesihatan Daerah Beluran ( KKM ) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS ) Daerah Beluran. Sehubungan dengan itu,pemeriksaan serta program Sukarelawan KOSPEN Kg. Iran Beluran akan dimulai tidak lama lagi.
Nantikan perkembangan perjalanan kemajuan yang dibawa oleh belia - belia muda Kg. Iran ini dalam memastikan penduduk sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan sihat tubuh badan. Sekian
Salam Sejahtera dan jumpa lagi dalam aktiviti KOSPEN Kg. Iran yang akan saya kemaskini dari semasa ke semasa...

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DAN PENDUDUK KG. IRAN BELURAN

ikhlas,
Blogger Kampung Iran Beluran.

Jangan lupa lawati page kami di www.facebook.com/kampungiranbeluran